24 November 2010

~Gadis Kudis Buta~

"hahaha...qalisha ada kudis...., perkataan itu berulang-ulang mengelilingi dirinya.
"kudis apa kwn²''
"kudisssssss butaaaaaaaaaa",jawapan itu serentak dijawab tanpa ada rasa sikit pun perasaan bersalah.
''aku tak pernah ejek korang...knapa korang suka ejek aku...buruk sangat kah aku, apa aku tak layak berkawan dengan korang''
"wei..mmg arr tak layakk...org cantik mcm kita org ni xlayak kawan dengan kau yg selekeh lagi buruk itu..tak sedar lagi...ha lagi satu..ada plak hati dengan bf aku, cermin sikit beb diri tu!!, sofea menepik dada qalisha tanpa ada rasa simpati.
' aku tidak pernah ada rasa apa² dengan Iman...aku ke sini hanya mahu mencari ilmu, yang ada rasa pada aku hanya lah mencari ilmu..yang lain² itu..bukan urusan aku, dengan lembut qalisha membalasnya"
"tak payah kelentong lah beb...upss..bukan kudis buta!!, sekali aku nampak ko terhegeh dengan die..aku tak teragak² malukan ko depan semua penuntut kat kolej ni, olh itu..silalah berjaga-jaga wahai si kudis buta!!''kali ini qalisha terus ditolak sehingga tersungkur...



>bersambung****

21 November 2010

~28~

20 november 1982 - aku dilahirkan di negeri sembilan...
20 november 2010-genaplah usia aku 28 tahun

sentiasa bersyukur kerana masih berpeluang menikmati kehidupan sehingga hari ni

14 November 2010

TUDUNG

mari dapatkan dengan segera tudung lycra dan chiffon 3 layer dengan 2 layer dengan harga yang berpatutan dan tak dapat kat luar..

2 layer = rm 25.00
3 layer = rm 30.00









>mula menambah rezeki keluarga :0

11 November 2010

berganti hati

satu persatu telah ku hapus
cerita lalu antara engkau dan aku
dua hati ini pernah percaya
seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
>> crazy to watch "asmara" like now!!!

07 November 2010

jika tiada rezeki

hanya Allah sahaja tau bagaimana perasaan aku ketika ini
tapi aku tak boleh kecewa..putus asa..sebab semua adalah Allah yg beri....










>biar pun sedih, aku gagahkan diri untuk senyum...

mencari cinta


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

02 November 2010

my lovely son


di umur setahun 4 bulan ini, ahmad akalil muslim telah pun menyebut beberapa bunyi fonologi ;
mi = ummi
yah = ayah
chuchu = susu
nair = air masak
mamam = makan
mamam acik = makan nasi
lip-lip = lampu kelip
jajid = masjid
aboi - amboi
nek = nenek
aaatuk = atuk
mik = ambil

sekian...semoga akalil menjadi anak yg soleh

01 November 2010

:)

saya sudah sihat..
kembali kepada kehidupan normal...
upss..
semoga hari-hari selepas ini indah sekali buat aku..
semoga pntu-pintu rezeki datang menjengah membantu ku...
semoga aku punyai kerjain baru....






>smile alwayz can make u happy??