
Sebenarnya aku agak tertarik dengan kata-kata Neo@Hassan dalam drama Tari Tirana. Sebuah drama genre bolehlah dikategori dalam 'remaja/dewasa', firstly aku tak follow sangat cerita ni.. yer lah. aku tgk menari-nari jer...malas nk tgk(wpun aku pun suka menari-nari ni), One day. aku tgk jugak citer ni sebab ada satu episod ni kelakar sebab gara-gara auntie Bella dan Uncle Burn....lama-lama aju suka cerita ini, kerana plot ceritanya berjalan dengan baik dan tidak mendatar.Penonton pasti menanti saat-saat klimaks cerita dalam drama ni. Aku pun begitu...
Sehingga semalam, aku rasa aku boleh share dengan kawan-kawan, mmg ia bukan realiti, tapi tak semestinya realiti tidak boleh jadi kenyataan. Kata-kata Neo tu untuk gf die Tirana dia anggap apa yang dia buat dan laluan yang susah itu adalah sebagai satu kebanggaan bukan satu pengorbanan kerana pengorbanan memerlukan balasan manakala kebanggaan tidak memerlukan sebarang pembalasan...ohh so sweet....haha..cinta itu mmg sulit.sukar difahami..mcm topik sebelum ini...tapi perasaan suka itu senang difahami...setiap kali bercinta mesti kena pengorbanan...dan jika salah seorang itu terluka. mula lah air mata tak terbendung jatuh kat pipi masing-masing..duduk..sepi...memikirkan pengorbanan yang dah banyak kita lakukan...lama-lama jiwa sakit...nak pulih ntah mcmana...aku dah lalui benda ni sume...n lastly...rasa macam nak mati pun ada..rasa malas nak bercinta pun ada...dek mengenangkan apa yang aku korbankan selama ini tak berbaloi!!sebab nak sangat pembalasan dan rasa dihargai...akhirnya jiwa aku yang sepi...hahaha itu semua dulu...
dan...
sekiranyalah ada insan antara kita menghargai cinta dengan perasaan kebanggaan pasti sudah bahagia...itu pendapat aku...hanya pendapat aku...jika tidak bersetuju silakan sahaja....
sememangnya cinta pertama agak sukar dilupakan...aku pun..begitu banyak masa aku habiskan begitu sahaja semata-mata ingin melupakan first love...dan kerana tertarik ke arah itu lah...aku yang boleh dapat SPM dengan pangkat 1 (seperti aida) akhirnya aku dapat pangkat 2..aku tak menyalahi sesiapa...kerana kesilapan itu adalah dtg diriku sendiri...masa terus berlalu..sehinggalah aku mencecah 20-an...hanya ilmu matlamat hidup aku....dan aku hanya menanti sebuah cinta yang ikhlas...yang menghargai aku sebagai seorang perempuan..disusuli dengan doa dan harapan kepada Allah agar aku ditemukan jodoh dengan org yang membimbing aku dengan cara hidup lebih baik...akhirnya aku jumpa...dan org itu adalah suami aku....
aku bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam aku meneruskan hidup aku ni..
so apa yang related citer Tari Tirana itu dengan aku ialah...first luv mmg indah...tapi pabila ia hancur...hati juga turut sama-sama patah...luka menjadi nanah...nk benci sesangat...perasaan syg pula makin menebal...sukar nk buang kenangan itu jauh dari kotak pikiran apalagi dari hati...tapi kita sebagai manusia biasa harus terus berjalan....tanpa menoleh kebelakang...kerana jalan belakang adalah kenangan...mmg sukar nk lupakan...tapi jalan di depan ada yang menanti dan mungkin cinta yang telus itu ada dijalan hadapan...
dan...
oleh itu teruskan mengikuti citer Tari Tirana...banyak sangat mesejnya.....hehehehe...
2 comments:
i love dis entry....
i love dis entry....
Post a Comment